Semalam telah berlangsung program komuniti bersama warga emas kerjasama antara lima pelajar Sarawak tahun akhir Terapi Carakerja dari Fakulti Sains Kesihatan UiTM Selangor berganding bahu dengan EDEN-on-the-Park Nursing Care di Kota Samarahan, Sarawak. Program juga dibantu oleh pasukan berpengalaman yang terdiri daripada ahli terapi cara kerja, fisioterapi dan jururawat dari EDEN sendiri. Program bertujuan mempromosikan rawatan terapi carakerja kepada warga emas khususnya di Sarawak dan matlamat utama untuk memperkayakan kehidupan warga tua melalui aktiviti yang bermakna. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program termasuklah senaman fizikal, intervensi berasaskan muzik, sesi penyediaan makanan dan kulinari, latihan latihan kognitif, dan sesi expressi seni.
Seramai 16 warga emas mengambil bahagian secara aktif dalam program ini dan kegembiraan dapat dirasai sepanjang hari. Senyuman, gelak tawa dan ucapan penghargaan mereka menjadi bukti kejayaan program tersebut. Encik Simon Yong, Ketua Pegawai Eksekutif EDEN, berkongsi sentimennya, dengan menyatakan, “Sungguh sangat menggembirakan untuk melihat kesan positif campur tangan daripada pihak third party yang pakar dalam rawatan warga emas. Peranan terapi carakerja penting dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan melalui aktiviti yang mereka jalankan”. Usaha kolaboratif antara pelajar Terapi Pekerjaan e-PJJ UiTM Puncak Alam dan EDEN-on-the-Park Nursing Care Residence di Kota Samarahan boleh dijadikan sebagai contoh kepada pelajar di universiti di luar sana untuk terlibat dalam aktiviti komuniti.
Melalui dedikasi dan komitmen mereka, pasukan itu bukan sahaja memperkayakan kehidupan warga emas tetapi juga membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah dan lebih inklusif untuk semua.